Wednesday, 16 May 2012

Tips Karangan



Cara Menjawab

  • Baca kata kunci soalan untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh soalan. Kata kunci merupakan tema atau kehendak soalan.
  • Tajuk karangan merupakan tema. Tulis karangan berdasarkan maklumat yang diberi.
  • Calon dicadangkan menulis sekitar tiga isi.
  • Karangan keseluruhannya mengandungi lima perenggan, iaitu pendahuluan (1 perenggan), isi (3 perenggan) dan penutup (1 perenggan).
  • Idea sendiri berupa cadangan boleh dimasukkan dalam bahagian penutup.
  •  Digalakkan meletakkan peribahasa atau kata-kata hikmat.

Teknik memperoleh markah cemerlang

  • Penggunaan kata dan ayat gramatis.
  • Ejaan dan tanda baca perlu betul.
  • Terdapat kesalahan minimum dalam penggunaan kata.
  • Idea yang relevan berdasarkan tajuk yang diberi.
  • Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
  • Pengolahan yang menarik.
  • Penggunaan frasa atau ayat yang indah, peribahasa dan kata-kata hikmat amat digalakkan.

Latihan Pengukuhan


Ok pelajar-pelajar cikgu..nie ada video tonton dulu ek..Selamat menonton..







Daripada video tu apa yang anda faham..nie pengetahuan am dulu sebelum kita mula latihan...Soalan ini berbentuk gambar ..

Latihan Pengukuhan

Berdasarkan video yang ditayangkan, huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja..Panjang huraian anda adalah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tuesday, 8 May 2012

Format

Untuk karangan ini, para pelajar perlu tahu yea bahawa untuk menghasilkan karangan elemen yang perlu ada iaitu:

  • Pendahuluan
  • Isi Penting
  • Penutup
Tapi ingat yea...peruntukan markah yang paling banyak adalah pada bahagian isi jadi para pelajar perlu tumpukan perhatian pada pembinaan isi yang lengkap dengan tajuk dan haruslah gramatis. Karangan yang cemrlang akan dikira daripada:


  • Huraian isi yang bertepatan tajuk
  • Penggunaan frasa kata yang betul
  • Ayat yang gramatis.