Wednesday, 16 May 2012

Tips Karangan



Cara Menjawab

  • Baca kata kunci soalan untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh soalan. Kata kunci merupakan tema atau kehendak soalan.
  • Tajuk karangan merupakan tema. Tulis karangan berdasarkan maklumat yang diberi.
  • Calon dicadangkan menulis sekitar tiga isi.
  • Karangan keseluruhannya mengandungi lima perenggan, iaitu pendahuluan (1 perenggan), isi (3 perenggan) dan penutup (1 perenggan).
  • Idea sendiri berupa cadangan boleh dimasukkan dalam bahagian penutup.
  •  Digalakkan meletakkan peribahasa atau kata-kata hikmat.

Teknik memperoleh markah cemerlang

  • Penggunaan kata dan ayat gramatis.
  • Ejaan dan tanda baca perlu betul.
  • Terdapat kesalahan minimum dalam penggunaan kata.
  • Idea yang relevan berdasarkan tajuk yang diberi.
  • Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
  • Pengolahan yang menarik.
  • Penggunaan frasa atau ayat yang indah, peribahasa dan kata-kata hikmat amat digalakkan.

No comments:

Post a Comment