Cara Menjawab
- Baca kata kunci soalan untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh soalan. Kata kunci merupakan tema atau kehendak soalan.
- Tajuk karangan merupakan tema. Tulis karangan berdasarkan maklumat yang diberi.
- Calon dicadangkan menulis sekitar tiga isi.
- Karangan keseluruhannya mengandungi lima perenggan, iaitu pendahuluan (1 perenggan), isi (3 perenggan) dan penutup (1 perenggan).
- Idea sendiri berupa cadangan boleh dimasukkan dalam bahagian penutup.
- Digalakkan meletakkan peribahasa atau kata-kata hikmat.
Teknik memperoleh markah cemerlang
- Penggunaan kata dan ayat gramatis.
- Ejaan dan tanda baca perlu betul.
- Terdapat kesalahan minimum dalam penggunaan kata.
- Idea yang relevan berdasarkan tajuk yang diberi.
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
- Pengolahan yang menarik.
- Penggunaan frasa atau ayat yang indah, peribahasa dan kata-kata hikmat amat digalakkan.